Tentang Radio Malaysia NEGERIfm 'Ingat Sampai Bila-Bila'

Mula beroperasi pada tahun 1990 di Jalan Raja Ali, Seremban, hasil idea mantan Menteri Penerangan , Datuk Seri Mohammad Rahmat. Lokasi kini terletak di Jalan Sungai Gadut sejak 2007.
Pada 2008, ia dengan rasminya dinamakan Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar Pada ketika itu, Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Tuanku Abdul Rahman.
Nama Tuanku Muhammad diambil bersempena dengan nama nenda Almarhum Tuanku Ja'afar dikenali sebagai NEGERIfm sejak tahun 2005. Sebelum ini ia diberi nama Radio 3 Seremban (1990) dan Radio Malaysia Negeri Sembilan (1998). Kini dikenali dengan nama Radio Malaysia NEGERIfm.
Bersiaran langsung setiap hari selama 18 jam sehari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad dilengkapi dengan kemudahan siaran digital dan Auditorium Tunku Puan Cik (Sempena nama nenda Almarhum Tuanku Ja'afar yang boleh memuatkan seramai 1,000 penonton.
Siaran radio NEGERIfm boleh diikuti menerusi gelombang- gelombang 92.6 di Seremban dan Port Dickson, 95.7 dari Bukit Tampin, 107.7 dari Gunung Ledang, serta meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Utara Johor termasuk Muar dan Tangkak, Sebahagian Pahang dan Seluruh Melaka.
Waris NEGERIfm - Merupakan satu saluran interaktif berbentuk sistem pesanan ringkas (sms) yang disediakan untuk mendekatkan hubungan NEGERIfm dengan para pendengar.
OBJEKTIF RADIO MALAYSIA NEGERIfm
Ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan penyiaran dan menyebarkan maklumat melalui siaran radio kearah membina serta membentuk sikap, peribadi, pemikiran, dan nilai-nilai murni yang sesuai untuk memajukan dan menjayakan pembangunan sosio- ekonomi selaras dengan wawasan kerajaan dan cita- cita Negara dengan :-
1. Memperkenalkan Program - program kerajaan tempatan.
2. Memberi peluang kepada rakyat tempatan menggunakan stesen RM NEGERIfm untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli exco, ahli-ahli parlimen, dan ketua-ketua Jabatan.
3. Menyampaikan hasrat kerajaan dengan lebih dekat melalui rancangan- rancangan berbentuk penerangan, pendidikan dan hiburan selaras dengan cita-cita kerajaan demi kemajuan dan pembangunan masyarakat tempatan.
RADIO TV MALAYSIA,
JABATAN PENYIARAN NEGERI SEMBILAN,
KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD,
LOT 24157, SUNGAI GADUT PETI SURAT 144,
71450 SEREMBAN.
NO TEL : 06-6753606
NO FAKS : 06-6753199
