Sunday, May 20, 2012
Register  |  Login
Info Negerifm
RUANGAN IKLAN  


 

   

maklumat terkini  

 

DAFTAR SEGERA SEBAGAI AHLI WARIS!!


Submit Survey View Results
Laman web yang berkaitan  

   
   
Klik di sini untuk dengar RMNEGERIfm

PERUTUSAN

   Puan Norbaiyah Dato' Baharudin, Pengarah Penyiaran Negeri

Salam Satu Malaysia,

Sekalung penghargaan dan terima kasih atas sokongan pendengar setia Radio Malaysia NEGERIfm yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan bersama-sama kami selama ini.

Tahun 2011, bakal menjanjikan rancangan dan hiburan stesen yang dekat dihati pendengar dalam memupuk jati diri ‘anak negeri’. Kami cuba mengorak langkah untuk memastikan sejauh mana pendengar berada,tanpa mengira usia dan kesibukan, kerinduan terhadap identiti, seni dan citra budaya Negeri Sembilan diubati menerusi siaran Radio Malaysia NEGERIfm

Kami mengharapkan pendengar akan dapat mengekalkan kesetiaan selain melahirkan lebih ramai pendengar menerusi gelombang 92.6 MHz, 107.7 MHz,95.7 MHz, 101.3 MHz serta turut diterokai oleh perantau anak negeri secara maya menerusi laman sesawang. Kami akan sentiasa memantau dan memperbaiki perkhidmatan bagi memastikan stesen ini kekal dihati semua dan akan diingati sampai bila-bila.

Pengisian rancangan siaran 18 jam setiap hari tahun ini,bakal memberikan impak yang lebih positif malah akan membentuk keseimbangan dalam hati dan minda pendengar pelbagai kaum menerusi hiburan, pendidikan, ilmu kerohanian, maklumat semasa, pemupukan nilai murni selain menggarap Gagasan 1 Malaysia dalam siaran.

Semoga transformasi ini beroleh kejayaan dan mengangkat kami sebagai stesen pilihan pertama yang berjaya mencuri hati anda dan memenuhi hasrat “Radio Malaysia NEGERIfm, Ingat Sampai Bila-Bila”.

Terima Kasih..

FACEBOOK NEGERIFM  

...Bilangan pendengar melayari laman web kami...

Pautan Umum